Al-kisah, saya jatuh sakit... bengkak kelenjar tiroid sehingga badan saya demam pada pukul 3:42 am lalu berjaga hingga pukul 5:00 am sambil bersembang di FACEBOOK dengan kak Ain...
Hendak dijadikan cerita, usu saya yang prihatin, ingin membawa saya pergi klinik pada pagi yang hampir tengah hari.... (nasib baik ada kawan serumah macam usu)
Kebetulan hari kejadian saya sakit, jatuh pada hari Ahad... pergi klinik, klinik tutup... usu dan kak Ati pun membawa saya pergi unit kecemasan Hospital Kapit...
Disebabkan waktu itu pukul 1:42 pm, tiada orang di ruang kecemasan... al maklumlah... waktu rehat... semua manusia mencari makanan...
Bagi membuang masa yang masih ada, kami bertiga pun pergi melawat murid kami yang ditahan dalam hospital yang sama. Syukurlah, beransur sembuh kelihatan di wajahnya...
Tepat pukul 2:00 pm, kami pun pergi semula di ruang kecemasan. Tiba giliran saya pun dipanggil masuk. Saya mengadulah keadaan kesihatan saya yang kurang baik pada hari Ahad itu, keadaan kesihatan saya, di kaji sejarahnya... menimbulkan kerisauan M.A yang merawat saya.
Saya dikehendaki membuat sinar-x bagi mengetahui secara kasar keadaan paru-paru saya yang sememangnya bermasalah. Rupa-rupanya, memang bermasalah paru-paru saya tu...
Disebabkan keadaan jalan yang kurang elok tempat saya tinggal sekarang dengan hospital, Doktor itu pun memasukkan saya ke dalam wad... Perkara ini bagi melakukan penyiasatan yang lebih jitu tentang perkara sebenar-benar adanya, tentang paru-paru saya itu....
Sehinggalah ke hari ni, saya masih duduk, guling, tiarap, baring, makan dan sangat rajin berFACEBOOK bagi menanti hasil penyiasatan itu...
Saya tidaklah sakit parah sehingga tidak dapat menyentuh skrin Samsung Galaxy S3 pemberian bapak saya dan terus berFACEBOOK dan berFACEBOOK sambil menanti keputusan ujian itu...
Tidak semua orang yang dimasukkan di dalam wad ini, tidak mampu untuk melakukan perkerjaan... lain orang, lain sakitnya...
Terima kasih tidak terhingga kepada kawan serumah saya iaitu kak ct aishah, kak atie, kak ain dan usu kerana menjaga keperluan saya di hospital ini. Buat kak yana, jangan risaulah, saya baik jak ni.
Sekian....