Berkawan dan berkahwin… dua perkara yang berbeza tapi hampir sama. Sangat berkait dengan kehidupan kita di dunia J
Berkawan, kita sebagai manusia yang normal, boleh berkawan dengan pelbagai jenis manusia, yang baik, penyayang, bertanggungjawab, berempati, nakal, jahat, pengumpat, buat tak endah dan lain-lain… J
Memilih kawan adalah perlu… kerana kawan kita akan menjadi baik…
Kerana kawan kita akan menjadi buruk…
Berkahwin, sebagai seorang manusia sudah menjadi fitrahnya sejak zaman nabi Adam a.s dan Hawa lagi, manusia telah dicipta oleh Allah hidup berpasangan… memilih pasangan perlu… kerana dia akan menjaga dan sentiasa berada di sisi sepanjang hayat kita… insyaAllah jika jodoh berpanjangan…
Jika jodoh itu sekejap saja, bersabarlah kerana semua itu ketentuan daripada Allah…
Jika kasih itu dikongsi bersama, cubalah untuk memahami apa yang telah berlaku… janganlah melenting atau menyalahkan dia dan si ‘madu lebah’ itu…
Ikatan perkahwinan itu sangat suci kerana… tujuannya untuk menghalalkan apa yang diharamkan melalui akad nikah dan memberi keturunan yang halal dan sah tarafnya J
Berkawan, jika tidak mempunyai sebarang persefahaman, mudah saja untuk putus kawan…
Berkawan, jika dia sangat baik kepada kita, sangat tidak disukai oleh mereka… tapi, jika kita jahat, sama juga situasinya… suka mengadili kita dengan pelbagai perkataan yang menyakitkan, tapi, sedarkah mereka bahawa sebenarnya…
Ö Mereka juga tidak sempurna
Ö Mereka juga jahat
Ö Mereka juga baik
Manusia memang seperti itukah? Ingin kesempurnaan di mata manusia…
Sakitnya hati jika ada kawan yang bercakap baik tentang kita pada awalnya… meleret hingga bercakap mengenai sesuatu yang tidak diketahui kebenaran cerita itu yang merupakan FITNAH semata-mata…
Berkawan dan berkahwin… yang mana lebih susah? Bergantung kepada setiap individu untuk mentafsirkannya…
Kedua-duanya memerlukan pemilihan yang kritikal… tersalah pilih, meranalah empunya diri…
Yang penting ikhlaskan hati dalam setiap perhubungan…
Syukurlah saya mempunyai kawan-kawan yang baik dari pandangan mata saya… syukurlah jika mereka menerima saya seadanya… jika tersilap, insyaAllah teguran kamu semua akan saya terima dan cuba untuk memperbaiki diri… kerana, saya ni bukanlah manusia yang sempurna sehingga tiada cacat celanya…
Kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin, tahniah kerana telah menjumpai dia yang dicari-cari...
Kepada kawan-kawan yang masih mencari-cari dia yang tersembunyi, semoga berjumpa dia bukan saja dalam mimpi, malah di alam realiti ini... insyaAllah
p/s sayang saya dengan kamu... KAWAN-KAWAN saya...
p/s sayang saya dengan kamu... KAWAN-KAWAN saya...
No comments:
Post a Comment