Mimpi yang sukar dilupakan apabila mimpi itu diharapkan dengan sugguh pengharapan akan berlaku dalam realiti…
Suatu ketika dahulu, seorang gadis kecil teringin untuk ke tempat-tempat bersejarah di dunia. Ingin ke Rome katanya, untuk melihat sendiri keindahan seni bina bangunan lama…
Ingin ke Milan melihat sendiri kota fesyen terkemuka di dunia…
Ingin ke China melihat sendiri istana larangan dan tembok China yang panjang menongkah bukit-bukau…
Ingin ke Piramid melihat sendiri tempat terletaknya salah satu keajaiban dunia…
Ingin ke Agra melihat sendiri tanda cinta khas buat Mumtaz Mahal…
Waktu itu dia masih seorang gadis kecil… yang ingin melihat dunia.
Semua tempat itu belum pun pernah dijejaki, walaupun dalam mimpi-mimpi malam atau siangnya.
Hari berganti dengan bulan… dan bulan berganti dengan tahun
Daripada seorang gadis kecil… menjadi seorang gadis yang dewasa…
Mungkin suatu ketika dahulu dia lupa Allah yang memberi kebijaksanaan kepada pengukir tangan di Rome untuk mengindahkan bangunan di sana…
Dia juga lupa kota fesyen yang amat dikaguminya itu, amat tidak sesuai untuk dikagumkan oleh seorang muslimah…
Dia juga lupa manusia cuma membina sesuatu itu untuk bermegah-megah agar di puji oleh manusia daripada golongan yang biasa-biasa.
Kini, cuma satu impian di hati, menjejakkan kaki di tempat yang amat dihajati oleh setiap muslim sejati… Masjidil Haram…
Pesona cerita daripada ramai pencerita mengenai keindahan Tanah Haram itu sangat menarik hatinya. Mungkin kerana tempat itu sangat lain dari yang lain… mungkin kerana tempat itu sangat…. Entah bagaimana ingin diungkapkan dan dinukilkan dengan kata-kata. Hanya gadis itu dan Allah yang tahu. Cuma satu, dia ingin ke sana…
Indahnya mimpi si gadis itu apabila dapat berdiri di hadapan Ka’abah yang terasa seperti benar-benar ada di hadapannya… mencium batu yang berasal dari syurga…
Sayunya hati apabila terjaga daripada mimpi yang seakan realiti…
InsyaAllah… akan dia berdoa dan doanya mohon dikabulkan oleh Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang agar dapat melihat sendiri Ka’abah di hadapan matanya dan dapat menunaikan Haji dalam masa yang terdekat ini. J
Kita hanya merancang, Allah menentukan segala-galanya… Jangan pernah rasa penat untuk berdoa untuk mendapatkan kebaikan dan kesejahteraan…
No comments:
Post a Comment