Setiap orang mempunyai persepsi berlainan jika ingin memulakan sebuah hubungan yang lebih daripada kawan biasa-biasa. J
Sebilangan akan berkata, lebih baik Percintaan Jarak Jauh (PJJ) kerana :-
· Rindu akan selalu bertandang & semakin hari semakin sayang…
· Maksiat & zina boleh dielakkan jika berjauhan.
· Kalau mahu awek / pakwe tambahan, tiada masalah, yang di sana sini tidak akan tahu.. J
· Dan bla bla bla…
Sebilangan pula berkata, lebih baik Percintaan Jarak Dekat (PJD) kerana :-
· Boleh nampak setiap hari, rindu akan hilang bila nampak si dia.
· Boleh jumpa & jalan-jalan berpegangan tangan… L
· Risiko untuk si dia cari awek / pakwe tambahan kurang
· Dan bla bla bla
Maksiat atau zina… sebenarnya bermula dari individu itu untuk mengikuti tuntutan agama atau tidak. Setiap individu perlu tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Kalau tidak tahu, perlu untuk ambil tahu.
Lebih baik untuk memilih kawan yang lebih daripada biasa-biasa yang ada di depan mata.
Kawan yang bukan biasa-biasa yang boleh kamu jumpa untuk dilihat, untuk dibawa bercakap secara berdepan dengan muhrimnya di sisi… J
Bukannya tidak elok memilih kawan lebih daripada biasa-biasa yang berjauhan… elok sebenarnya, tetapi jangan kamu kecewa jika dirinya yang sebenar berlainan dengan apa yang kamu lihat secara abstrak dan berlainan dengan apa yang kamu dengar.
Jangan mudah terpesona dengan perkenalan yang sekejap saja…
Jangan mudah terpesona dengan wajah yang kacak atau rupawan…
PJJ atau PJD, dari kita jak tu….
Mahu berbuat dosa atau pahala, dari kita jak tu…
Mahu berkawan atau berkawan lebih daripada biasa-biasa, dari kita jak tu…
No comments:
Post a Comment