Seminar Pembentangan Penyelidikan Tindakan… sangatlah menggerunkan saya. Bukan apa, cuma takut kena soal habis-habisan oleh pensyarah macam senior kami dulu. Saya sudah sedia untuk ikut pembentangan peserta ke-9 untuk hari pertama kumpulan ketiga. J
Saya berdoa kepada Allah agar dipermudahkan semuanya… petah berbicara umpama seorang pemidato, dan bukan seperti kanak-kanak riang yang bercakap seperti keanak-anakan. Menjawab persoalan & kemusykilan dengan yakin dan tenang… J
Pagi indah yang berjerebu ketika itu, saya berjalan kaki menuju dewan kuliah al-Khawarizmi bersama rakan sebilik tersayang. Tiba-tiba di tengah perjalanan, dua orang geng saya mengajak pulang ke asrama untuk ambil hasil karya sampel kajian. Kusut fikiran ada-ada ja mahu di buktikan. Almaklumlah… orang KUALItatif, susah sikit. L
Sampai di dewan, salah seorang AR sibling saya memberitahu, kemungkinan kumpulan kami akan jadi pembentang pertama. HUI! Bagai nak luruh jantung ke perut. SAYA yang akan jadi PEMBENTANG pertama pada hari PERTAMA!!! Saya memang tak sedia masa tu. Rasa nak menangis pun ada… rasa nak pengsan pun ada kusut otak saya berfikir. *&@$#%&**
Kumpulan pertama dan kedua tak boleh teruskan sebab supervisor belum tandatangan penulisan dorang… Ya Allah ujian ni ujian.. mesti terima sebaiknya. Anak saudara saya yang comel & kacak pada hari tersebut betul-betul minta pertolongan saya. Maruah intake kami tu… nanti apa pula pensyarah-pensyarah cakap kan…? Saya apa lagi.. redah ja la… L
Sebelum membentang hari tu, Daddy kami siap tanya lagi
“Hasanah, dah sedia?”
“sudah encik” saya jawab sambil tersenyum-senyum. “Encik, jangan lupa doakan saya ya encik… saya nervous ni” L
“iye, iye, saya doakan” legalah juga hati saya ni.
Pesanan AR siblings pula, hihihihii
“Hasanah, jangan kasi ketawa orang di depan. Serius kau. Jaga apa yang kau cakap” risau juga dorang dekat saya ni. Mana taknya, kalau membentang dalam kelas, dorang selalu ketawa, seperti saya ni ada aura yang menceriakan mereka setiap kali saya berkata-kata. J
saya membaca ummul kitab untuk melegakan hati yang gundah gulana kerana terpaksa menjadi pembentang pertama. Selesai di baca, nama saya diumumkan. Bercakap depan adik-adik junior & geng2 tak lupa juga dengan para pensyarah yang macho2 & jelita2… faham ka tidak dorang ni dengan kajian saya. Hihihihii… J
Yang selalu dalam ingatan tulus ikhlas symbicort saya... kalau tiada..... tidak tahu apa akan jadi...
selesai pot pet pot pet… sampai tekak ni dah kering & rasa macam nak kena asthma attack pun ada, sesi soal jawab bermula. HUI! Seperti yang dijangka, soalan adalah berkaitan dengan dapatan data yang menyokong objektif kajian kedua… apakah instrumen yang digunakan oleh saya? Dengan penuh yakin saya menjawab instrumen temu bual… saya tunjuklah link jadual dapatan data tersebut.
Tapi, persoalan kajian salah la… kena perbaiki… Cuma, silap saya pada hari tu, saya tak dapat nak tunjuk soalan-soalan temu bual… sesi soal jawab tamat, saya pun terima sijil… hihihihi J
Pn. Noraini yang bagi sijil, masa salam hari tu, dia pegang erat tangan saya…
“sejuknya tangan…”
“nervous saya mdm..” J
“nervous saya mdm..” J
Walaupun, saya tak sedia pada hari tu, rasa macam nak nangis, rasa macam nak kena asthma attack dan lain-lain perasaan yang tidak elok. Saya lega jadi orang pertama sebab saya awal ‘merdeka’, saya bahagia ada bapak, mak, geng2 & pensyarah2 yang bagi sokongan dengan saya. Paling seronok sekali, saya kena soal dua kali ja… & dapat jawab dengan yakin….
Alhamdulillah.. I love you Allah J
Akan terpatri dalam hati 22 Ogos 2011
No comments:
Post a Comment