Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Thursday, November 24, 2011

Hampir Sama Tapi tidak Serupa...


Berkawan dan berkahwin… dua perkara yang berbeza tapi hampir sama.  Sangat berkait dengan kehidupan kita di dunia  J



Berkawan, kita sebagai manusia yang normal, boleh berkawan dengan pelbagai jenis manusia, yang baik, penyayang, bertanggungjawab, berempati, nakal, jahat, pengumpat, buat tak endah dan lain-lain…  J
Memilih kawan adalah perlu… kerana kawan kita akan menjadi baik…
Kerana kawan kita akan menjadi buruk…



Berkahwin, sebagai seorang manusia sudah menjadi fitrahnya sejak zaman nabi Adam a.s dan Hawa lagi, manusia telah dicipta oleh Allah hidup berpasangan… memilih pasangan perlu… kerana dia akan menjaga dan sentiasa berada di sisi sepanjang hayat kita… insyaAllah jika jodoh berpanjangan…
Jika jodoh itu sekejap saja, bersabarlah kerana semua itu ketentuan daripada Allah…
Jika kasih itu dikongsi bersama, cubalah untuk memahami apa yang telah berlaku… janganlah melenting atau menyalahkan dia dan si ‘madu lebah’ itu…
Ikatan perkahwinan itu sangat suci kerana… tujuannya untuk menghalalkan apa yang diharamkan melalui akad nikah dan memberi keturunan yang halal dan sah tarafnya    J

Berkawan, jika tidak mempunyai sebarang persefahaman, mudah saja untuk putus kawan…
Berkawan, jika dia sangat baik kepada kita, sangat tidak disukai oleh mereka… tapi, jika kita jahat, sama juga situasinya… suka mengadili kita dengan pelbagai perkataan yang menyakitkan, tapi, sedarkah mereka bahawa sebenarnya…
Ö        Mereka juga tidak sempurna
Ö        Mereka juga jahat
Ö        Mereka juga baik

Manusia memang seperti itukah?  Ingin kesempurnaan di mata manusia…
Sakitnya hati jika ada kawan yang bercakap baik tentang kita pada awalnya… meleret hingga bercakap mengenai sesuatu yang tidak diketahui kebenaran cerita itu yang merupakan FITNAH semata-mata…

Berkawan dan berkahwin… yang mana lebih susah? Bergantung kepada setiap individu untuk mentafsirkannya…
Kedua-duanya memerlukan pemilihan yang kritikal… tersalah pilih, meranalah empunya diri…
Yang penting ikhlaskan hati dalam setiap perhubungan…

Syukurlah saya mempunyai kawan-kawan yang baik dari pandangan mata saya… syukurlah jika mereka menerima saya seadanya… jika tersilap, insyaAllah teguran kamu semua akan saya terima dan cuba untuk memperbaiki diri… kerana, saya ni bukanlah manusia yang sempurna sehingga tiada cacat celanya…

Kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin, tahniah kerana telah menjumpai dia yang dicari-cari...
Kepada kawan-kawan yang masih mencari-cari dia yang tersembunyi, semoga berjumpa dia bukan saja dalam mimpi, malah di alam realiti ini... insyaAllah

p/s  sayang saya dengan kamu... KAWAN-KAWAN saya...

Friday, November 18, 2011

A song for a friend


The song is probably a song for a GF & BF separated… married with someone else… L
The song is a song for a classmate that will be separated… L
The song made me cry because of the lyric… it really touches my heart…



Dear friend of mine… I’ll not love you like a love song… coz, it’ll fade as soon as I’m getting bored with that song…
But I’ll love you like I love my religion… that will never fade away... I always keep it in my heart… Like you... I'll ALWAYS keep you in my HEART  J



Lagu Teman - The Lion Story Ft Zahidah

Pertama kali kita berjumpa,
Tidak kepastiannya ternyata,
Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman..
Aku terlihat insan yang keliru,
Air yang deras mencermin wajahku,
Engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…

Sempena hari mulia Ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…

Bagaikan anak yang baru dilahir,
Titisan mata pun mulam mengalir,
Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir…
Whoaaa.....hoaaaa...

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat  bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku…..

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan….

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat  bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa,
Di hatiku………

Tuesday, November 8, 2011

Telefon itu


Telefon itu…
Jika telefon itu sentiasa disisi, dipandang-pandang, diintai-intai, di jeling-jeling selalu… tiada pula pesanan ringkas atau panggilan pendek yang datang kedengaran…

Teringin rasanya memiliki telefon seperti ini  (>_<)

Telefon itu…
Jika dibiar saja di situ, acap kali pesanan ringkas yang datang, panggilan yang tidak berjawab, alahai! Banyaknya tidak terkata, siap telefon orang di rumah lagi  J

Mungkin sudah terbiasa tidak mendapat pesanan ringkas daripada seseorang itu…
Telefon itu, hanya dibiar saja dalam sebuah bilik yang sesekali dimasuki  J

Kadangkala terlupa… telah ada seseorang yang sering menghantar pesanan ringkas, menelefon sebentar saja walau di awal keheningan subuh pukul 0330.

Telefon itu…
Perlu sentiasa di sisi… agar tiada yang terguris hati  J

Friday, November 4, 2011

Secret Recipe to Look Young Till The End of Your Studies

Final year of studying is so fascinating… all you have to do is get ready to sit for your last examination as a STUDENT  J

You’ll also know how much you’d changed from the 1st time you entered the college, institute or university… the criteria are :-
©       Your body weight – from thin to fat, from fat to thin
©       Your skin colour – from dark to fairer looking skin, from fair to darker looking skin
©       Your attitude – from a childish teen to a mature men or women
 And a lot more…  J

2006 : newly student

Usually, final year students look older. Probably due to the stress they are having :-
ü  Completing the assignments.
ü  Handling a program in the institute/college/university.
ü  Dealing with a special relationship with their lover.
And a lot more… J

Believe it or not, some of the juniors in the institute I’m studying said that we still look YOUNG (teen look, secondary school students look) so YOUNG… a friend of mine, even told them our age we’re about 23 – 25.  They can’t believe it at 1stJ

So, what’s the secret to have a young looking face till the end of your studies:-
©       Having a good rapport with the people in your institute/college/university (students, lecturers, cleaners, technician)… J
©       Don’t stress too much when you do your assignments… J
©       Ask someone else help if you’re totally blank about the certain task given in a program… J
SMILE is the big SECRET of all!!!  J

2011 : just smile... you don't have to say a word  J

Probably you don’t know all the people in your institute/college/university, but a SMILE is MUST to give…  It’ll give some exercise for your face and give a good impression to others… that you are FRIENDLY…  J

A  SMILE can also brighten up your day!  J
Believe it or not, SMILE is like a plague, when you start smiling, other people will give back the smile back to you…  J
SMILE will help you to look younger… insyaAllah

Thursday, November 3, 2011

Semoga mimpi menjadi realiti...


Mimpi yang sukar dilupakan apabila mimpi itu diharapkan dengan sugguh pengharapan akan berlaku dalam realiti…

Suatu ketika dahulu, seorang gadis kecil teringin untuk ke tempat-tempat bersejarah di dunia. Ingin ke Rome katanya, untuk melihat sendiri keindahan seni bina bangunan lama…
Ingin ke Milan melihat sendiri kota fesyen terkemuka di dunia…
Ingin ke China melihat sendiri istana larangan dan tembok China yang panjang menongkah bukit-bukau…
Ingin ke Piramid melihat sendiri tempat terletaknya salah satu keajaiban dunia…
Ingin ke Agra melihat sendiri tanda cinta khas buat Mumtaz Mahal…

Waktu itu dia masih seorang gadis kecil… yang ingin melihat dunia.
Semua tempat itu belum pun pernah dijejaki, walaupun dalam mimpi-mimpi malam atau siangnya.

Hari berganti dengan bulan… dan bulan berganti dengan tahun
Daripada seorang gadis kecil… menjadi seorang gadis yang dewasa…

Mungkin suatu ketika dahulu dia lupa Allah yang memberi kebijaksanaan kepada pengukir tangan di Rome untuk mengindahkan bangunan di sana…
Dia juga lupa kota fesyen yang amat dikaguminya itu, amat tidak sesuai untuk dikagumkan oleh seorang muslimah…
Dia juga lupa manusia cuma membina sesuatu itu untuk bermegah-megah agar di puji oleh manusia daripada golongan yang biasa-biasa.

Kini, cuma satu impian di hati, menjejakkan kaki di tempat yang amat dihajati oleh setiap muslim sejati… Masjidil Haram…

Pesona cerita daripada ramai pencerita mengenai keindahan Tanah Haram itu sangat menarik hatinya. Mungkin kerana tempat itu sangat lain dari yang lain… mungkin kerana tempat itu sangat…. Entah bagaimana ingin diungkapkan dan dinukilkan dengan kata-kata.  Hanya gadis itu dan Allah yang tahu.  Cuma satu, dia ingin ke sana…



Indahnya mimpi si gadis itu apabila dapat berdiri di hadapan Ka’abah yang terasa seperti benar-benar ada di hadapannya… mencium batu yang berasal dari syurga…
Sayunya hati apabila terjaga daripada mimpi yang seakan realiti…
InsyaAllah… akan dia berdoa dan doanya mohon dikabulkan oleh Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang agar dapat melihat sendiri Ka’abah di hadapan matanya dan dapat menunaikan Haji dalam masa yang terdekat ini. J

Kita hanya merancang, Allah menentukan segala-galanya… Jangan pernah rasa penat untuk berdoa untuk mendapatkan kebaikan dan kesejahteraan…