Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Thursday, May 24, 2012

Al kisah cerita pada hari Selasa…



3 orang bersaudara tinggal serumah, diberi nama yang tua Along, yang sedikit muda Angah dan yang termuda Usu…

Ceritera si Usu,

Demamnya tidak kebah walaupun 2 minggu telah berlalu. Along menyuruhnya agar berubat dengan seorang DUKUN terhebat di sebuah Pasar yang berdekatan. Mereka bertiga pun pergi ke Pasar untuk mencari dukun itu. Malangnya, hanya TIMBALAN kepada dukun sahaja yang dijumpai kerana dukun sibuk mengubati orang di seberang. Usu terpaksa bermalam di Pasar untuk mendapat rawatan.

Berlalu pergi ke ulu si Along dan Angah meninggalkan Usu.

Ceritera si Along,

Sampai sahaja di rumah mereka, Along ingin memasak tom yam dan membuat agar-agar. Namun, apakah malang nasibnya, KAYU API yang kering telah habis… Along hanya mampu mengeluh mengenangkan kayu api yang telah habis. Along mengambil keputusan untuk pergi ke Pasar mendapatkan kayu api yang kering…

Tinggallah si Angah bersendirian di rumah mereka sehari semalam…

Ceritera si Angah,

Tidak ada apa-apa yang boleh dimasak di rumah… Angah hanya mampu membuka dan menutup PETI TERAMAT DINGIN di rumah mereka tanpa memasak apa-apa kerana kayu api tiada. Angah mengambil keputusan untuk keluar bermain-main sahaja. Petang berganti senja, senja berganti malam… perut Angah pun mula mendendangkan IRAMA yang tersendiri… apakan daya, kayu api tiada. Kasihan Angah…

Pintu rumah diketuk… seorang utusan mengkhabarkan sesuatu, terkejut Angah apabila mendengar berita yang disampaikan…

BERSAMBUNG…

Thursday, May 10, 2012

Huruf Kecil


Rasa hati = Huruf kecil

Formula ni memang benar… huruf kecil lebih banyak mengelirukan berbanding dengan huruf besar.
Jika di sekolah rendah, murid-murid tahap 1 seringkali keliru akan huruf-huruf kecil yang hampir sama bentuk iaitu huruf :-
‘b’ ‘d’    ‘u’ ‘n’    ‘p’ ‘q’    ‘c’ ‘g’     ‘i’ ‘j’       ‘m’ ‘n’

Rasa hati pun sama jugak, selalu mengelirukan diri sendiri.  Kita rasa, betul apa-apa yang kita buat tu… tapi sebenarnya tidak…  J



Huruf kecil yang dilihat tu lain, tapi lain pula yang disebut…
Rasa hati tu selalu ‘cakap’ tidak. Tapi, mulut suka-suka jak cakap iya…
Huruf yang hampir sama bentuk tu, memang nampak serupa, tapi… memang tidak sama. Kalau kamu semua sebut pun, lain-lain bunyi dia tu…. Ada yang meletup di bibir, ada yang sentuh lelangit… dan bla bla bla   J

Sama jugak la macam rasa hati, memang kita rasa kita suka barang tu tau, tapi sebenarnya, lain yang kita suka tu… keliru ba…

Sebenarnya saya suka minum susu kotak wanita belanda perisa stroberi… tapi saya lagi suka minum coppucino ice blended…. Hahahahahahha  J

Sangat-sangat mengelirukan rasa hati ni…  J