3 orang bersaudara tinggal serumah, diberi nama yang tua Along, yang sedikit muda Angah dan yang termuda Usu…
Ceritera si Usu,
Demamnya tidak kebah walaupun 2 minggu telah berlalu. Along menyuruhnya agar berubat dengan seorang DUKUN terhebat di sebuah Pasar yang berdekatan. Mereka bertiga pun pergi ke Pasar untuk mencari dukun itu. Malangnya, hanya TIMBALAN kepada dukun sahaja yang dijumpai kerana dukun sibuk mengubati orang di seberang. Usu terpaksa bermalam di Pasar untuk mendapat rawatan.
Berlalu pergi ke ulu si Along dan Angah meninggalkan Usu.
Ceritera si Along,
Sampai sahaja di rumah mereka, Along ingin memasak tom yam dan membuat agar-agar. Namun, apakah malang nasibnya, KAYU API yang kering telah habis… Along hanya mampu mengeluh mengenangkan kayu api yang telah habis. Along mengambil keputusan untuk pergi ke Pasar mendapatkan kayu api yang kering…
Tinggallah si Angah bersendirian di rumah mereka sehari semalam…
Ceritera si Angah,
Tidak ada apa-apa yang boleh dimasak di rumah… Angah hanya mampu membuka dan menutup PETI TERAMAT DINGIN di rumah mereka tanpa memasak apa-apa kerana kayu api tiada. Angah mengambil keputusan untuk keluar bermain-main sahaja. Petang berganti senja, senja berganti malam… perut Angah pun mula mendendangkan IRAMA yang tersendiri… apakan daya, kayu api tiada. Kasihan Angah…
Pintu rumah diketuk… seorang utusan mengkhabarkan sesuatu, terkejut Angah apabila mendengar berita yang disampaikan…
BERSAMBUNG…
No comments:
Post a Comment