Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Thursday, July 7, 2011

Nama Kamu -sambungan-


Di tempat dia belajar pun, ada nama Hasan juga… Nama cikgu dia Nor Hasan... Nama tu dicari-cari, sebab jarang sangat dia dengar… samalah macam nama dia.

Dia ni, lain sikit… ‘lambat’ sikit dia berfikir kawan-kawan lain cakap dia lambat ‘pick-up’, ‘loading’ dan lain-lain. Langsung dia tak terfikir untuk ‘google’ Hassan peserta Imam Muda. Sanggupnya dia tunggu minggu seterusnya untuk melihat lagi papan iklan tu. Hihihihihihi…

Bila sudah nampak papan iklan tu… senyum memanjang saja dia. Dia pun teringin tengok rancangan Imam Muda. Tapi sayang… minggu terakhir sudah… L

Tak apalah… astro kan selalu ulang siar. Sudah dia tengok papan iklan tu, dia pun ‘google’ Imam Muda Hassan di asrama. Comel orangnya…

Hari dinanti-nanti sudah tiba… final Imam Muda! Malam tu memang dia sudah set jam supaya tidak lupa. Maklumlah, tahun akhir pengajian, sibuk yang melampau kadang-kadang makan pun lupa, nikan pula rancangan TV.

Sukanya dia tengok rancangan tu… aktiviti yang dibuat oleh Imam Muda Hassan nampak besederhana saja. Paling membuat dia terusik bila Imam Muda Hassan jumpa ibu… L

Dia ni baru ja jumpa mak petang tadi, alahai rindu pula menerpa kalbu bila nampak Imam Muda Hassan jumpa ibu selepas 3 bulan berpisah.

Semasa pengumuman pemenang dibuat, terpancar senyuman seakan terpaksa. Mungkin kerana pusingan ketiga Imam Muda Hassan tidak menjawab dengan tepat, gundah gulana rasa di jiwa. Tapi segala-galanya ketentuan Ilahi, Imam Muda Hassan menjadi juara.

Alhamdulillah… doa dari kejauhan di bumi Borneo, di angkat ke langit khas buat seseorang. Semoga tiada riak di hatinya, tiada takbur di jiwanya, semoga diberkati amalnya & bertemu dengan Hasanah yang dijodohkan untuknya. amin...

Suatu hari nanti… akan ada ‘Hassan’ untuk ‘Hasanah’. InsyaAllah... J


~TAMAT~

No comments: