Geng-geng yang saya sayangi... (^_^)
Taman Bukit Tawau atau lebih dikenali dengan nama ‘Table’ telah saya jejaki pada 24 Julai 2011. Sangat melucukan apabila seorang manusia yang tinggal di Tawau pertama kali menjejakkan kaki di sana. Bukan saya tak mahu pergi, namun, banyak cerita-cerita misteri menghantui tempat itu, menyebabkan kedua-dua ibu bapa kami, melarang keras untuk saya pergi ke sana. Rakan-rakan sekolah menengah bukan tidak pernah mengajak suatu ketika dahulu… Cuma saya tidak mahu pergi kerana ingin menjaga hati orang tersayang… J
Dulu si Puteri Kecil belum lahir lagi untuk menghirup udara di dunia ini. Sudah semestinya saya dijaga dengan sebaik mungkin. Lagi pun saya ni tak pandai jaga diri sendiri lagi masa tu… J
Pengalaman saya di Table sangat-sangat menggembirakan. Sebenarnya saya tidak pernah menyangka ada tempat seperti itu di Tawau. Sangat cantik dengan warna hijau. Sedut udara di sana sangat menyegarkan… trakea saya tidak berasa sesak. Saya nikmati setiap helahan & hembusan nafas saya sepanjang saya berada di sana. Alhamdulillah… J
Paling menyeronokkan semasa kami melawati Taman Burung. Walaupun sangat penat mendaki bukit bersama seorang guide, Encik Jefry, pengalaman itu saya tidak akan lupakan. Saya dapat melihat seekor katak dewasa yang amat kecil. Saiznya sebesar sekelopak bunga lawang sahaja. Sangatlah kecil… dan sangatlah comel… dulu, tengok katak kecil ni di National Geographic @ Animal Planet saja. masyaAllah J
Semasa di Taman Burung juga, telah wujud 1 jenis kumpulan dalam kalangan geng kami, iaitu GENG PACAT! Hahahahahahahaaha
Mungkin disebabkan pemakaian kasut yang kurang sesuai menyebabkan ramai di antara kami dihinggapi pacat. Perempuan… kalau sudah kena benda macam tu, apa lagi, gegarlah hutan kecil itu oleh suara-suara kami yang ‘merdu’ dek menjerit kegelian. Nasib baiklah ada seorang boyfriend kami & merangkap teman teristimewa seorang rakan perempuan saya menyelamatkan keadaan. Tidak lupa juga kepada adinda saya yang tinggi lampai yang turut menyelamatkan keadaan dengan membuang pacat sekali dengan selipar kekanda kami yang kecil molek… kesian la kekanda kami terpaksa berundur kembali dan mengambil seliparnya yang berpacat… hahahahhaha
syukran J
Selepas keluar dari Taman Burung, kami pun turun ke bawah dan memulakan agenda asal kami, mengabadikan keindahan hutan dalam sebuah hasilan karya berbentuk catan, kolaj @ arca. Setiap seorang daripada kami mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing. Setiap seorang juga meminati bidang tertentu untuk dilukis. J
Saya tidak berkesempatan untuk masuk ke Taman Botani kerana wang yang tidak mencukupi untuk bayaran masuk ke sana (ingatkan masuk free jak sana… teda bawak duit lebih J ). Bulan Disember ni, orkid Telinga Gajah akan berbunga. Teringin benar rasanya melihat sendiri kecantikan orkid itu. J
InsyaAllah, jika berpeluang lagi, saya akan ke sana semula dan memakai sepasang kasut yang bertutup untuk melawat ke Taman Burung & Taman Botani. J
4 comments:
syokkan Table...
"musnahkan semua gambaran hitam mu,
cuba melangkah ke dunia baru,
seperti mana engkau takutkan mati,
tapi akhirnya terpaksa juga kau hadapi"
haha..ada kaitan ka tu.
best.... lawa lg 2... (:
Hahaha mcm pening2 aku tgk komen kamu ni nong..mcm xda keserasian ...hahaha mcm len2 tajuk ..hihihihi
sukak2 jak kmi tulis... yg penting d rasa saling berkaitan... ok la 2... (>_<)v
Post a Comment