Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Saturday, July 9, 2011

Kunci & Pintu



Pintu yang sudah bertukar tombol sangat susah untuk dibuka dengan kunci yang ada pada kita. Kalau dulu, kita kunci saja tombol pintu dengan kunci yang ada. Selamat J tidak perlu risau sesuatu atau seseorang akan cuba menceroboh masuk ke bilik yang terkunci oleh kunci yang ada pada kita…

Tapi bila tombol sudah bertukar, sangat susah malah mustahil untuk buka dengan kunci yang ada pada kita… kalau nak buka pun… terpaksa rosakkan tombol tu. Aduh! Sakit mata & telinga pabila melihat tombol yang dulunya boleh dibuka oleh kunci kita, terpaksa diketuk-ketuk & dikopek-kopek.

Tombol pintu tu sudah bertukar mungkin kerana sudah tidak sesuai lagi dengan kunci yang ada pada kita. Mahu atau tidak, terpaksalah terima kenyataan bahawa, kunci yang kita ada, bukan untuk tombol pintu itu lagi… kerana sudah ada kunci lain yang akan membuka tombol pintu itu. Kunci yang dipegang oleh individu lain…

Jangan dipaksa untuk membuka tombol pintu itu kerana perbuatan kita itu akan menyebabkan lebih banyak kerosakan. J

Relakan saja… relakan saja pengganti itu

No comments: