Sama seperti hari minggu yang sebelumnya, dia dihantar pulang oleh bapak mereka ke asrama. Sama seperti minggu sebelumnya, bila tiba hari ahad, dia akan bersedih kerana terpaksa meninggalkan rumah dan menetap di asrama tempat dia bersekolah.
Sepanjang perjalanan, dia akan menghadap ke arah tingkap kereta dan memerhati gelagat pemandu dan penumpang yang bersebelahan… kanak-kanak kecil kelihatan riang gembira, tersenyum malu bila dia menyedekahkan senyuman kepada mereka. Mereka akan memberitahu kepada ayah & ibu yang duduk di kerusi hadapan sambil menunjuk ke arah dia yang masih mengukir senyum. Seperti penyakit berjangkit, si ibu & ayah pun turut tersenyum…
Semasa di lampu isyarat yang kedua, dia hanya melihat ke arah stesen minyak Esso, jenuh rasanya melihat papan iklan di sebelah kanan… (EtiQa & Rancangan Imam Muda). Imam Muda… ramai sangat orang minat. Dia dengar dari kawan-kawan & keluarga dia, rancangan tu bagus. Banyak ajar tentang agama. Dia tak berapa suka dengan rancangan realiti ni. Lagipun dia kan duduk asrama jadi, kalau nak tengok pun tiada masa.
Entah kenapa petang tu, dia toleh kanan dan melihat ke arah papan iklan Imam Muda & lebih tepat ke arah nama seseorang yang di cari-cari HASSAN… Terkejut jugaklah dia masa tu. Tiba-tiba ketawa kecil dia, bapak tanya “kenapa ni?”
“tiada la pak…” dia jawab sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment