Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Wednesday, July 20, 2011

Berlagu...

Berlagu… berlagu saja dalam hati, berlagu saja dalam bilik biar rakan sebilik yang dengar. Susahnya bernyanyi @ berlagu @ mengeluarkan suara secara beralun di hadapan rakan. Apatah lagi jika kamu seorang perempuan yang sangat pemalu… lain cerita la kalau yang sudah terbiasa berlagu. Rasa malu mungkin kurang sedikit… J

Berlagu… Masa mengaji pun kena berlagu supaya sedap didengar… suara lunak, tahu tajwid merupakan satu pakej lengkap. Hihihihhi
Rugi rasanya kalau boleh berlagu @ bernyanyi bahasa lain dengan sedap, lunak @ mengkhayalkan tapi tidak tahu berlagu semasa mengaji… L

Berlagu… sangat disukai zaman sekarang. Ramai orang hafal lirik lagu yang popular. Setiap hari, sepanjang masa, di mana-mana @ di waktu senggang. Bibir dan kotak suara saling tolong-menolong untuk mengeluarkan bunyi suara yang sama dengan lirik lagu popular untuk dilagukan. J

Berlagu… tidak berapa orang tekankan masa mengaji. Cukup sekadar tahu & kenal huruf, tahu tajwid & tahu di mana patut berhentikan bacaan. Hafal surah-surah pun macam susah orang mau buat. Ada yang sebut huruf pun salah-salah sebutannya… lidah, bibir & gigi tidak tolong-menolong untuk menyebut dengan betul. Mungkin juga hati yang semakin kelam dan tidak mahu belajar ilmu bacaan al-Quran & tarannum. L

Saya tahu baca al-Quran tapi saya tidak faham setiap maksud perkataan yang saya baca. Saya tahu tajwid, tapi saya tidak boleh bertarannum dengan baik. Mungkin saya tidaklah sehebat Qariah terulung di dunia yang membaca al-Quran & bertarannum dengan baik, tapi saya bersyukur dapat membaca al-Quran dengan baik… Mungkin saya bukanlah seorang yang fasih berbahasa arab, tapi saya baca tafsir al-Quran versi Indonesia berwarna hijau yang tersimpan rapi di meja solek saya, supaya saya faham ceritera di sebalik setiap surah yang saya baca dalam al-Quran.  J


P/s   terima kasih kepada guru mengaji saya kerana mengajar kami mengaji dengan betul. J
Saya tunggu tafsir versi bahasa Malaysia ni… color pink  J

No comments: