Hari indah yang tiba sentiasa di tunggu-tunggu setiap bulan bagi yang makan gaji..
Semuanya mengharapkan untuk membeli sesuatu yang berharga buat diri masing-masing, untuk orang-orang tersayang…
Untuk yang berada di perantauan hati sedih tidak terkata. Itupun kalau sangat kisah berjauhan dengan keluarga. Angan-angan 4 tahun lalu entah bila akan dimakbulkan. Mungkin pada setiap hujung tahun jak la…
Indahnya angan-angan si gadis untuk keluar berjalan-jalan di kota bersama ibu tercinta. Terlalu banyak lukisan angan-angan yang diharapkan 4 tahun dahulu, akan menjadi kenyataan. Namun, semuanya masih tersimpan mengharapkan bulan Disember yang akan datang.
Dalam angan-angan yang dilukiskan oleh si gadis, berjalan-jalan dengan ibu dan membelikannya baju di butik pakaian, kasut yang selesa untuk kakinya. Tidak kisah berapa harganya asalkan ibunya suka.
Syukurlah masih ada yang sayang. Jangan pula kamu abaikan apabila semua sudah senang. Mungkin tidak dapat jalan bersama, cukuplah sekadar mengirimkan wang walaupun tidak seberapa. Sungguh ibu tidak mengharapkan itu semua kerana dia ada suami yang tercinta untuk memberinya nafkah. Tapi, si gadis cuma ingin berkongsi rezeki yang ada dengan ibu tercinta.
Sayang sungguh-sungguh dengan mak kami (^_^)

No comments:
Post a Comment