Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Thursday, November 29, 2012

Yakin???

Yakin tentang sesuatu perkara itu sangat penting.  Tanpa keyakinan, seseorang individu itu tidak akan dapat melakukan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.
Tanpa keyakinan juga, tidak akan wujud kebolehpercayaan terhadap sesuatu benda atau perkara yang akan menjadi milik seseorang individu.

Ada satu cerita yang diubahsuai mengikut peredaran semasa...

Bertahun dia berjalan ke sana sini mencari sesuatu yang amat berharga untuk disimpan sebagai tanda mata di atas rak kedai makannya.  Lamanya dia mencari, syukur alhamdulillah, berjumpa juga di sebuah kedai kecil yang tidak seberapa.  Tapi, duitnya tidak mencukupi untuk membeli tanda mata itu...

gambar daripada 'Walk the Magazine of the Ramblers'

Dia tetap berusaha untuk mendapatkan tanda mata itu.  Penantiannya bertambah lagi menjadi bertahun-tahun.  Dia sangat yakin akan memiliki tanda mata itu suatu hari nanti.  Pelbagai cara dan kerja dilakukannya untuk memiliki tanda mata yang sebenarnya tidaklah seberapa itu.

Akhirnya, dia memiliki tanda mata itu... dijaga dengan elok, rapi tanpa habuk sedikit pun tanda mata itu.  Sungguh puas rasa hatinya apabila berjaya memiliki tanda mata itu.  Disimpannya dengan elok tanda mata itu di atas rak.    Yakinnya dia bahawa tanda mata itu akan menjadi miliknya.  Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun....

Tanda mata itu cuma dibiarkan sahaja, tidak lagi dijaga seperti dulu...  

Seorang saudagar datang dari negeri Sepanyol singgah di kedai makannya.  Terlihat olehnya tanda mata itu seperti dibiarkan saja, lalu diambilnya dan dibawa pulang ke negeri Sepanyol.  

Trecari-cari tuan kedai makan itu, dimanakah tanda mata yang pernah dibelinya dulu?  Entah ke mana hilangnya puas dia mencari...

p/s  jangan terlalu yakin benda itu kita akan miliki selamanya.  Kalau suka dengan sesuatu, sungguh-sungguhlah jaga. Janganlah bila sudah hilang, baru tercari-cari

No comments: