Soalnya hati… susah untuk dimengerti.
Kenapa? Hati selalu berubah-ubah. Kadang-kadang mahu, kadang-kadang tidak. Si Mata & Minda ikut keliru, kenapa Hati begitu?
Hati sudah lama suka dengan Cad… tapi, bila Mata terlihat Voc, Hati terus berubah… Rupa Voc yang sangat lawa dan berwarna-warni dilihat dari kejauhan, mempesona Mata. Cad yang sudah lama disisi, hanya disisih…
Minda masih terkenang-kenang Cad walaupun telah ada Voc sebagai disisi. Voc yang masih baru, menarik perhatian & periang sangat menghibur Hati. Namun, Cad masih muncul! Minda keliru! Kenapa begitu!
Mata sangat terpesona, terpegun & terpaku melihat Voc. Tidak dinafikan Voc mempunyai rupa paras yang elok, senyuman yang membuat Mata terpaku melihatnya. Cad telah lama disisi… sudah tentu Mata bosan melihatnya. Fizikal & rupa paras Cad juga sudah berubah setelah sekian lama menyebabkan Mata jenuh untuk melihatnya.
Walau sekuat mana Minda cuba memadam memori & Mata melihat pesona Voc, jauh didalam Hati, Cad masih ada… walau Hati cuba mengiyakan hubungannya dengan Voc, Cad masih ada dalam Hati.
Sebenarnya, Hati mahu apa? Voc atau Cad? Hati tidak kasihankah dengan Mata & Minda yang masih keliru?
p/s Seseorang pernah berkata “dia teringat yang indah-indah saja dengan benda baru tu, kalau sudah kenal baik buruknya, mesti dia akan cari benda yang lama”
2 comments:
"Rupa Voc yang sangat lawa dan berwarna-warni"..ni manusia ka benda ni, siap bewarna warni segal..heheh :p
setiap orang, mempunyai persepsi yang tersendiri... ikut sukak kamu la mo pikir apa
sebenarnya apa yang di taip dalam blog ni, banyak guna metafora. (:
Post a Comment