Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Monday, September 26, 2011

Mimpi yang sementara



Permainan semasa tidur adalah mimpi…
Permainan semasa sedar adalah realiti…

Jika mimpi yang dimainkan indah, ingin sungguh berada dalam mimpi itu.
Jika mimpi yang dimainkan buruk, ingin sungguh berada dalam dunia realiti.

Bukan semua mimpi yang dimainkan itu indah-indah… Jika tiada buruknya mimpi itu, tiadalah ‘warna’ dalam mimpi waktu tidur manusia.
Sama seperti waktu sedar manusia, realiti bukan semua buruk. Semua itu ujian untuk memberi ‘warna’ kepada kehidupan manusia.

Semasa bermimpi, jika berhadapan dengan masalah, penyelesaiannya amat mudah dan selalunya tidak logik.  J
Realiti kehidupan pula, jika berhadapan dengan masalah, penyelesaiannya bergantung kepada masalah yang dihadapi. Perlu pula bergantung dengan logik akal dan kebijaksanaan manusia.  J

Kehidupan dalam mimpi itu sementara belaka…
Kehidupan di dunia realiti pun sementara belaka…

Allah cuma meminjamkan manusia dunia ini.  Namun, seringkali lupa, barang yang dipinjam akan dikembalikan… perlu dikembalikan dalam keadaan elok agar dismpan dalam tempat yang elok.  Jika dikembalikan dalam keadaan yang buruk, buruklah tempatnya.



No comments: