Awal cerita ini mudah saja, kedua-duanya kawan baik. Salah seorang daripada mereka pun tidak cemburu akan kelebihan masing-masing. Si jelek amatlah tahu serba-serbi perihal masakan. Si Jelita pula pakar dalam bidang kecantikan diri.
Kedua-dua mereka saling melengkapi sesama sendiri. Namun, kadangkala tidak semua yang jelek itu tidak dipandang dan tidak pula yang jelita itu dipandang.
Si Jelek lebih berjaya dalam membina hubungan dengan orang berlainan jantina dengannya. Boleh bertahan bertahun lamanya, membina mimpi yang kononnya akan jadi kenyataan bersama orang itu, berkesempatan untuk berdosa dengan berpegangan tangan dengan orang berlainan jantina itu…
Si Jelita pula lain ceritanya, selalu gagal dalam ceritera cinta yang hampir siap ukirannya. Tidak dapat bertahan berbulan lamanya hubungan si Jelita dengan orang berlainan jantina dengannya, tiada mimpi yang dapat dicipta dalam lena yang celik, tidak pula berkesempatan untuk berbuat dosa dengan berpegangan tangan dengan orang yang dimaksudkan itu…
Si Jelek sangat bijak mengatur madah untuk berbicara, sangat lunak dan menggoda alunan suaranya. Mungkin kerana itu, lelaki mudah untuk memandangnya walaupun wajahnya tidaklah secantik suaranya. Si Jelita cuma biasa-biasa saja, kadangkala lembut selembut alunan bayu laut dan kadangkala sangat kasar sekasar ombak yang menghempas tebing di laut. Mungkin kerana itu lelaki hanya memandangnya sekejap cuma…
Si Jelita sangat tidak mengambil kisah akan hubungannya dengan mana-mana orang berlainan jantina dengannya. Sangat berbeza dengan si Jelek yang amat memelihara hubungan yang belum pasti pengakhirannya…
Pelangi cantik yang ada tujuh warna di langit akan hilang bila mentari panas atau kelam malam menjelang. Kasihan si Jelek, ditinggalkan oleh orang berlainan jantina dengannya. Mungkin kerana rupanya yang yang tidak seberapa, dia ditinggalkan… sedihnya dia mungkin sampai terkedu lidahnya untuk mengeluarkan suara lunaknya yang menggoda… lelaki itu ternyata memilih si Rupawan... apa boleh buatlah, tiada jodoh untuk si Jelek dengan dia...
~seorang bijak pandai pernah berkata saya, lelaki akan memandang wajah seseorang perempuan dahulu, cantik ka dia, jelek ka dia…~
Namun, suara itulah yang menyebabkan si Pindik terjatuh hati rasanya terhadap si Jelek… si Jelita sangat benci mereka berdua.
Mengapa BENCI tercipta???
~sambung cherita di lain hari...~

No comments:
Post a Comment