Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Friday, October 3, 2014

Keyakinanku

terasa sesak nafasku walaupun bukan di tempat yang berkabut
walaupun tiada masalah besar, fikiran terasa kusut
inginku bersembunyi di bawah selimut
bermimpi aku berlari menginjak pasir tanpa berkasut

alangkah bagusnya jika dunia seperti mimpi indah
menghadapi hari-hari tanpa sebarang rasa gundah
rasa kesal terbit tiba-tiba saja segeraku sirami dengan rasa tabah
aku yakin dan percaya semua yang terjadi ada hikmah

aku terkapai-kapai bagai dihempas ombak pantai
inginku berlari namun apa daya anggotaku ibarat semuanya dirantai
sungguhku bingung dengan masalah yang sukar untuk dilerai
jangan kau biarkan aku sendiri layu kemudian melonglai

aku percaya dengan takdir yang Allah sudah tulis untukku
pedihnya rasa sakit itu hingga menusuk qalbu
dalam tawa kadangkala tersembunyi air mataku
aku yakin semuanya akan hilang seiring waktu


2 comments:

Unknown said...

Cer cta geng..

Anonymous said...

Sebaknya... sabar... insyAllah Dia menguji bagi mereka yg terpilih sahaja dan Dia tahu bahawa hambanya yg diuji tu mampu menghadapai ujianNya dengan tabah sabar dan yakin kerna disebaliknya ada Hikmah menanti... by @aurora7987