Tentang Miss Ayub

Manusia biasa yang menaip cerita di alam maya

Friday, July 15, 2011

Tiada Rahsia Antara Kita



Perkongsian itu sangat penting. Terutamanya dengan keluarga khususnya dengan ibu bapa tercinta. Jangan pernah berahsia dengan mereka… kalau ada apa-apa ibu bapa boleh tolong cari jalan penyelesaian. Maklumlah, orang lama… mesti banyak idea yang boleh diguna pakai untuk selesaikan masalah. J
Jangan buat ibu bapa macam orang luar… tahukah kamu, dengan berkongsi semua hal dengan mereka, mereka akan lebih percaya dengan kita. Semua hal termasuklah:-
©       kita jalan di mana
©       dengan siapa kita keluar
©       kawan-kawan kita
©       hal-hal di sekolah @ di kolej @ di universiti
©       masalah yang kita hadapi
©       teman lelaki @ wanita istimewa (bahagian ni jarang orang kongsi dengan ibu bapa)  J

Tidak kisah kamu anak perempuan atau lelaki, kongsilah semua hal dengan ibu bapa. Ibu bapa akan rasa lebih lega & gembira jika kamu pilih untuk bercerita hal kamu dengan mereka. Anak perempuan khususnya, selagi kamu belum bersuami, kamu masih hak ibu bapa kamu… bukannya hak teman lelaki kamu. Tidakkah menyesal, ikut telunjuk teman lelaki tetapi tidak berakhir dengan alam perkahwinan… tidakkah menyesal kalau sudah serah segalanya… fikir-fikir sendiri… J

Ibu bapa kita sudah berusia… jangan dibentak mereka kalau kamu bercanggah idea dengan mereka. INGAT! Syurga pun tiada tercium baunya nanti… J
Cuba selesaikan perselisihan pendapat dengan baik
Jangan membantah kalau mereka suruh kamu tutup aurat… memang tanggunjawab mereka untuk menyuruh kamu melitupi tubuh badan kamu dengan baju yang tidak kurang kainnya.

Tahukah kamu, dengan berkongsi semua hal dengan ibu bapa, mereka akan rasa lebih selamat. Maksudnya di sini, kurang kerisauan dalam hati mereka. Selalulah telefon, hantar sms, 3G call @ video call dengan IM. Janganlah telefon masa kamu mahu minta kirim duit… paling kurang pun… seminggu sekalilah telefon. Rindunya mereka dengan kamu… kamu jak yang buat-buat tidak tahu. Jangan ingat umur 18 tahun + kamu bebas lepas & tidak perlukan ibu bapa.

Sesetengah benda tu memang susah untuk dikongsi dengan ibu bapa. Tapi percayalah, bila kamu bercerita dengan mereka, hati mereka lebih senang & hati kamu pun rasa lega semacam sukar untuk dinyatakan. Mungkin sebab tiada apa untuk disorok. Mereka juga tidak akan rasa tersisih. J

P/s   saya sayang mak dengan bapak kami. Saya sayang adik-adik saya yang hensem & comel.

2 comments:

cik 0rigami said...

ok. Set. :)

Miss Ayub said...

lega2 hati klu kongsi... betul ni... (: